Sunday 31 March 2024

SENI ALAM SEMULA JADI

 
Seni ada di mana-mana. Termasuk seni ialah yang lahir atau terbentuk secara semula jadi. Banyak kejadian yang menampakkan seni ukir dan arca yang mempunyai nilai estetik.
 
Contohnya umbi pokok gambar di atas. Mungkin pada orang biasa melihatnya tidak ada apa-apa istimewa. Namun, bagi orang yang menghargai seni dan alam sekitar akan menganggapnya satu yang istimewa.
 
Umbi pokok itu, tidak pasti jenisnya, ditemui di tepi pantai yang sebelum ini telah melalui proses dipukul ombak yang bergerak ulang alik atau tertanam di dalam pasir yang sebahagiannya menjadi semakin keras dan tahan pereputan.
 
Nampak biasa, tetapi menjadi cukup bernilai dan disayangi oleh pencinta seni alam semula jadi. Bentuknya seperti keris yang ada hulu keris dan mata keris. Bagaimana pandangan anda?